Pages

Thursday, December 08, 2011

MPH carnival sales 8-12 Dec 2011

MPH akan mengadakan jualan besar-besaran bertempat di Mid Valley Megamal bermula hari ini, 8hb sehingga 12hb.Hujung minggu ni mesti pergi.Mmmm,mungkin patut buat senarai buku yang hendak di beli.Jika tidak,boleh rambang mata nanti.Antara yang terlintas dalam fikiran saya sekarang:-

1) My father's dream -Barrack Obama
2) Sophie Kinsella's Book
3) Fashion books (tak spesifik nanti sampai sana baru cari)
4) Some Law books (Mr.Hizri yang akan banyak beli yang jenis ni nanti)

Harap-harap ada potongan harga yang berbaloi. boleh borong sakan..nanti akan saya tepek disini hasil pembelian (skema je ayat tapi cuba sangat-sangat untuk menulis dalam BM standard) bukankah bahasa ibunda saya ini INDAH.Saya sebetulnya ingin sangat menjadikan BM sebagai bahasa utama blog ini.Banyak blog yang menarik adalah yang berbahasa inggeris.Apa kata kalau saya cuba menghasilkan satu blog yang berbahasa Melayu yang tidak kurang indah dan puitisnya.

Sila abaikan VCD Barbie yang duduk bersamanya.Juga kesukaanku ;)
Bercakap pasal buku,antara novel melayu yang menarik perhatian saya ialah TASBIH CINTA & LASYKAR PELANGI.Tidak kerana jalan cerita yang menarik tetapi juga gaya penceritaan yang indah disulami ayat-ayat yang pada perkiraan saya,sungguh puitis.Sewaktu di zaman persekolahan dahulu, saya agak bagus dalam penulisan malahan pernah menulis cerpen..sayang sudah saya buang "karya-karya" tersebut jika tidak boleh menjadi tatapan anak cucu kelak paling tidak untuk menjadi bahan ketawa saya dan suami.


No comments:

Post a Comment