Pages

Sunday, March 04, 2012

Ohh surirumah

Esok hari Isnin..Makanya genaplah 3 minggu aku jadi surirumah..mula2 tu still ok lagi sebab dapat balas balik apa yang aku tak boleh buat sejak setahun lepas i.e tidur, tgk tv, baca buku, masak dan kemas2 rumah.Tapi masuk minggu kedua aku rasa mcm nak menjerit kebosanan.  Tapi selalu muhasabah diri yg aku buat semua ni utk kesenangan semua orang esp my hubby lah. Sekarang dia dah tak payah keluar rumah awal sb dulu dia kena hantar aku ke kl central ataupun ke PJ (hantar aku sampai ke ofis.) Sekarang kalau dia kuar rumah pukul 9 pun still ok. Petang plak dia boleh sampai rumah awal.Tak payah nak kena tunggu aku sampai kl central dalam pukul 7 lebih ataupun ambik aku terus kat ofis. Petang2 kami selalu guna LDP dari PJ nak balik kerumah aku kat Gombak, punyala hazab..sebabnya jam giler..jalan akan clear sikit bila dah lepas IKEA. kalo dia amik aku pukul 6,ktorg hanya akan jejak kaki kat rumah pukul 9. So, skrg aku tgk dia lebih happy dan tak tensen sgt macam masa aku keje dulu.Tengok dia hepi,buat aku terpikir yang aku buat keputusan yang betul utk resign. Lagipun dia tak pernah balik malam.Plg lewat pun dia akan sampai rumah pukul 8mlm.

Kat sini aku nak sharelah sikit apa yang aku buat seharian kat rumah..

6.30: Bangun pagi. Solat Subuh.Buatkan kopi untuk hubby sebelum hantar dia ke muka pintu. Aku hanya buatkan brekpes bila dia keluar lewat i.e antara pukul 8 ke 9 pagi.
7.00-9.30- sambung tidur kalau hubby keluar awal
10.00- Brekpes n makan ubat
 -layan Oprah Winfrey (mon-wed) & Nanny 911 (thu-fri)
-sambil2 tu sumbat pakaian kotor dlm mesin
10.30- Chinta TV3
11.25- Raising Hope at 711
-sambil2 jemur kain
12.00- Wanita Hari Ini
-masuk dapur, siapkan bahan untuk masak

My Little Kitchen
 1.00-siap masak dan makan tgh hari
-masa nih aku dah tutup TV. 
1.00-3.30-baring2 sambil baca majalah@ tido terus
-solat Zohor
-main game
3.30- 5.30-Desprate Housewife Season 7 (baru jer habis last wik, ganti dgn Ugly Betty Season 3)
5.30- Tutup TV-minum ptg-siap2kan makanan utk hubby-Asar
6.00-7.00- Hubby balik n layan dia kejap
8.00- keluar jalan2..kadang2 makan kat luar (makan ringan) sb aku dah masak kat rumah. Tp ada jugak time malas aku masak utk lunch je dan malam kami mkn kat luar.
10.00-Tido.zzzzzzzz..malam aku tak tgk TV. bagi can kat dia tgk plak.Lagipun aku takmolah tgk TV byk sgt. Tak elok sgt kan.Kalau tak mengantuk,aku akan lepak atas katil baca buku.

Aku tak sabar2 nak ada anak sebab nanti kuranglah sikit bosannya. Adala ajak mak aku datang duduk sini.sebulan sekali balikla kelantan tp kakak aku plak tgh tunggu masa nak bersalin anak no-4. Tak sabar2 nak tunggu dia habis pantang,so bolehla mak aku datang duduk sini plak..hehe..satu lagi yang tak bestnya rumah aku dah tak pakai maxis broadband sebab sesgt la lembab nya. ktorg dah terminate so skrg aku mmg internetless la. Tgh plan nak pakai Unifi..Maybe next month..aku dah bosan..aku dah bosan...

No comments:

Post a Comment