Pages

Thursday, January 26, 2012

Tak sabar nak main masak2..ngehh

Saya dah selamat tender resignation notice. My last day would be on next 16th February.dalam hati berkira2 aku nak buat apala nanti kat rumah..mesti balik2 tgk tv, tido, basuh kain,lipat kain..haha. Tapi rasanya nak start masak balik. Jujurnya, sepanjang setahun berkerja sangatlah jarang masak. Kecuali weekend ataupun masa mak datang rumah. Hari kerja prefer beli. Kalo bionic woman kutla kan. Sikit punya jauh balik dari ofis kat PJ pas tu nak singsing lengan kat dapur pulak. gigih sungguh tapi sy mmg tak boleh. Tambahan pulak kami berdua je, masak pun macam membazir pulak. Saya dan suami kebetulan sama-sama tak suka makan left-over food. Kalo masak harini, maknanya harini jugak kena habiskan. Kalo simpan masuk peti, nak panaskan balik esoknya jangan harapla. suadahnya masuk bakul sampah. 

Jadi,sebelum last day keje, saya google la cari resepi-resepi yang menarik. Antaranya adalah seperti kat bawah ni. Ini memang saya cedok bulat2 dari internet. Resepinya simple dan menggunakan bahan2 yg senang nak dapat dan yang plg penting,bahannya saya tahu mana nak cekau. Berazam nak masak bukan sebab diri sendiri nak makan jugak tapi lebih untuk please kan my husband. Seharian penat keluar mencari rezeki,bila balik rumah tgk makanan sedap dah siap terhidang, sejuk perut dia, penuh perut dia menelannya. Hati senang, kerja pun jadi mudah.

1) Nasi Tomato

Bahan-bahan 
  • 2 cawan beras basmati
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • Bahan tumis 
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
  • Bawang goreng
Cara-cara
  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng 
2) Ayam Masak Merah

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
sedikit garam
serbuk kunyit

Bahan-bahan kisar
4-5 biji cili kering –
1 cm halia
2 ulas bawang putih –
1 labu bawang besar -
1 biji tomato, potong dadu –
1/2 cawan sos tomato –
2sb tomato puree –

Bahan Hias
1/2 biji bawang besar, potong bulat -
kacang hijau secukupnya -

Cara-cara
1. Bersih ayam.
2. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit.
3. Goreng sehingga 2/3 masak
4. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato, buah tomato dan tomato puree (jika guna) sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos, buah tomato dan tomato puree (jika guna). Tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan. Perasakan dengan garam atau sos tomato jika perlu.
6. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api dan sedia dihidang. 

3) Nasi Goreng Sardin Special

Bahan-Bahan: Nasi (2 pot)

1 tin kecil sardin
1 labu bawang besar-tumbuk atau kisar
3 ulas bawang putih-tumbuk atau kisar
2 ulas bawang kecil-tumbuk atau kisar
2 sudu cili kisar
secekak kacang panjang dipotong kecil
1 batang lobak merah dipotong dadu
sedikit gula
sedikit garam
sedikit asam jawa

Cara:

1. tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau
2. perahkan sedikit asam jawa, garam dan gula
3. masukkan sardin dan hancur-hancurkan sardin tersebut
4. masukkan nasi, kacang panjang dan lobak merah. gaul hingga sebati. sedia untuk dihidangkan

4) Daging Bakar

Bahan-bahan 
  • 1 kilo daging - hiris mcm nak buat stik
  • Garam kunyit - utk gaul dgn daging tu
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 2 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 3 sudu
Cara-cara
  1. Gaul daging dengan garam kunyit tadi
  2. Giling / tumbuk / blend bawang, lada, jintan, serai halia sampai jadi paste / lumat
  3. Gaulkan dengan daging tadi
  4. Masukkan santan, air asam jawa, gula dan rasakan garam gula
  5. Perap sebentar (1/2 jam - 1 jam) sebelum dibakar
  6. Bakar atas dapur arang mcm buat percik tu
  7. Guna serai utk percik bhn perap atas daging semasa di bakar
  8. Bila masak, hiris dan hidang 
5) Nasi Lemak

Bahan-bahan 
  • Bahan untuk nasi:-
  • 2 cawan beras
  • 1 cawan santan n 1 cawan air( guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 3 hirisan halia
  • secubit garam
  • Bahan untuk sambal:-
  •  6 sudu besar cili kering mesin
  • 4 ulas bawang merah -ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • 1 biji bawang besar -dihiris
  • segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit belacan (jika suka)
  • garam & gula
  • Bahan sampingan lain :-
  • Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.
Cara-cara
  1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
  2. Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk.hingga sedikit garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
  4. Masukkan garam & gula. Masak sehingga agak pekat. 

 Jom kita masak!eh eh nanti dulu.. belum "bebas" lagi daaa ;)

No comments:

Post a Comment