Pages

Wednesday, June 06, 2012

Mom to be: Part 3

Alhamdulillah minggu ni kandunganku dah masuk 29 minggu..sedar tak sedar ada lagi 7 minggu (errr betul ke aku kira nih..gasakla..hehe) untuk dilalui..Sungguh,rasa sangat pantas masa berlalu.

Hujung minggu lepas balik ke kampung suami di Juru Penang untuk buat sikit majlis doa selamat dan kesyukuran sempena masuk 7 bulan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Tapi kesian mak mertua (mama) dan mak saudara suami (chik) yang bersusah payah masak kat dapur..Aku boleh tolong sikit-sikit je sebab tak boleh nak duduk lama-lama.Sakit pinggang. Kali ni,perjalanan KL-Penang-KL dirasakan sangatlah mencabar..Aku ambik masa 2 hari untuk hilang penat.Pagi ni baru rasa ada tenaga sikit dan dah boleh buat kerja rumah sikit-sikit. Lepas ni dah tak berani dah nak berjalan jauh. Nak balik kampung pun kena tunggu lepas bersalin dulu.

Pagi tadi basuh sikit baju baby dan selimut. Takut nanti dah masuk bulan puasa tak larat nak buat kerja sangat dah. Tadi basuh sikit pun dah mengah sebab basuh pakai tangan je. Nak pakai mesin basuh takut baju cepat rosak dan berkedut pulak. Insyaallah sabtu ni mak aku datang.Dia akan duduk sini teman aku sampai bulan puasa. Dia tak nak puasa kat sini sebab susah nak pegi terawih katanya.Bestnya ada orang teman kat rumah.Taklah sunyi sangat nanti ada teman borak dan teman gaduh jugak.Hehe..Chillax ;)


No comments:

Post a Comment