Pages

Friday, January 20, 2012

Mom to-be: Part 1

Alhamdulillah setelah lama menanti,kami suami isteri dikejutkan dengan perkhabaran gembira yang saya akhirnya hamil. Terasa seperti satu keajaiban kerana beberapa minggu sebelum disahkan hamil,saya diam-diam telah menelefon dan google beberapa buah rumah anak yatim. Bertanya kalau-kalau ada anak yang berumur setahun ke bawah untuk dijadikan anak angkat.Saya menerima reaksi yang pelbagai yang saya agak malas untuk bercerita disini dan yang paling utama,tanpa pengetahuan suami.Kiranya discreetly survey la kan

Dipendekkan cerita seminggu kemudian saya mendapati saya hamil melalui urine test di rumah. Terdetik di dalam hati mungkin Allah SWT mendengar suara hati saya, rintihan saya setiap kali usai solat.Subhanallah betapa besarnya kuasa tuhan. Saya katakan pada suami "kita boleh conceive sebenarnya, just yet the time..sekarang Allah dah bagi"

Mengimbas kembali pada hari "kejadian", saya dah lewat datang bulan dalam 9 hari. Masa tu saya berada di rumah mertua di Penang. Mula-mula buat ada double line tapi line kedua samar2..tapi masih ada,boleh dilihat dgn mata kasar. Saya khabarkan pada suami..dia gembira tapi dia pun macam saya jugak takut nak berharap.Jadi, kami sepakat untuk tunggu lagi 2 hari dan cuba buat lagi urine test tu. Selepas 2 hari..nahhhh..memang keluar double line yang sama terang.hati berbunga riang..senyum aje.."shhhhh awal lagi, tak leh bising2 lu..tunggu doktor confirmkan dulu-suami". Tapi saya rasa macam dah tak boleh tunggu2 lagi dah..kena jugak bagitau mak mertua saya..hehe..sebabnya dia dah banyak kali tanya sebab adik kembar suami saya yang nikah kemudian dari kami dah pun ada anak umur 5 bulan.

Balik je KL, esok harinya kami ke klinik biasa. Ikut kiraan doktor tu dah 6 minggu tapi scan intraabdomen, belum nampak apa2..saya tengok macam TV takde siaran je..Mmmmm frust disitu tapi doktor tu nak sedapkan hati katanya mungkin ada tapi awal lagi, kecik lagi sebab tu tak nampak. Lepas tu dia boleh pulak cakap, tapi kalau 6 minggu selalunya dah nampak..errrrr...mak konpius hokeyy..Dia pun bagila next date suruh datang lagi dalam tempoh 2 minggu. Tapi tahu sajalah saya, mana boleh tunggu-tunggu benda macam ni. Kalau betul ada kita nak protect betul2.kalau takde bolehla kita main kejar2,main skipping ke apa kan..hehe. 5 hari lepas tu, saya ajak suami pergi Pakar. Pusat Pakar Wanita ni dekat saja dengan rumah saya tapi dia punya appointment dan turn menunggu hazab la sikit. Sebabnya doktor ni buat sekali untuk kesuburan bagi laki bini yang susah nak conceive. Dua kali appointment barulah kami dapat jumpe doktor tu. Itupun dah pukul 11 malam .Peguam berkarisma kat sebelah dah merungut banyak kali sebab dia ada banyak keje nak kena buat malam tu..nak jugakkkk..macam la esok tak leh gi keje..hahaha

Kami masuk dan jumpa dengan Doktor Marsita Mansor. Sangat Islamic orangnya..rasa macam segan pulak tapi tengok dia rasa tenang je. Ceritalah masalah dekat dia, pas tu dia offer untuk scan ikut vagina..errrrr.tp alang2 dah tunggu lama dan nak tahu sangat kan,kami iyakan sahaja. Bila dah buat tu barulah nampak sarungnya. Doktor cakap dah 5 minggu 5 hari..hampehh tul kan doktor first haritu kata 6 minggu dah masa tu (i.e masa jumpa pakar nih dah 7 minggu la kalo ikut kiraan dia). Doktor bagi ubat dan serba - serbi nasihat antara yang saya ingat, rajin2 lah sembahyang tahjudd, banyakkan berdoa dan bersedekah. Lepas tu bila nak balik,dia peluk saya..Kekok pulak rasa, seumur hidup pegi sepital tak pernah sekali doktor peluk..lagi nak cepat2 halau keluar adala..hehe..

Ok..jumpa lagi di part 2..(ntah bila ntah)

1 comment: